Anak-Anak

Nie cite bulan lepas… Ayoooo, lama perap, nak kasi sedap… hehehe :)

Alah, bukan cite mende pun, nie Aries’sya request kat apaknya satu malam bawak dia gie Sg Wang.

Tak silap Kin masatuh dah kul 11pm, sekali Aries’sya cakap bawaklah dia pusing-pusing KL, otak dia penat buat keje sekolah… Muahahaha, comel kan otak penat buat homework, lepas tuh request daddy bawak gie KL.

Mula macam malas coz dah malam sangat kan, sekali MrHazizul ambil kunci kete terus cakap, jom-jom takyah tukar baju kita jalan-jalan dalam kete jer…. :)

Depan Lot 10 ada Goldman, duk berposing dengan orang arab, sorang RM2 kalo nak mengediks bergambor. Sekali Aries’sya duk cakap, “Daddy, Daddy ada burung, nak turun boleh”

Muahahahaha, semua siap siaga dengan baju tido sekali kakak ajak kuar.

IMG-20140418-WA0001 IMG-20140418-WA0005 IMG-20140418-WA0007
Dengan baju tido ko, dia nak sangat bergambar dengan bebirds katanya… hehehehe

Rm10 sahaja, ambillah gambar sampai bosan.

Kemain membolat anak Mummy :) Alhamdulillah sihat, semput kecil-kecilan tu ada lagi time batuk.

Harituh dia sibuk sangat marahkan Miqha’iel sebab adiknya pangil “kakak mok, Kakak mok”… Masuk bilik nanges, terus taknak makan.

Alahai sian, terus Kin pujuk dia, biasalah mak akan terover faham. Semua mak akan faham lebih dari sesiapa…. #macammamayangsenantiasafahamkin :(

.facebook_296951790Nie si buah hati pengarang jantung pisang Daddy & Atuk, mengada nie. Tengok, dia sibuk Zan’dra pakai headband, dia pun nak pakai jugak….

.facebook_-1371700454Tengok ada pics nie dalam hp Kin, kemain anak dara nie ber”selfie”…

Hehehehe, dah besar sangat rasanya :(

20140416_123449Ni sikecik yang kemain garang, kalah Kakak & Abang, semua dia nak Ultraman kan.

Melompat hobi dia sambil sebut “ooooomannnn” Hehehehe

Mummy cintakan kamu bertiga dunia & akhirat taw….

Posted in Arie'aynna, Aries'sya, Miqha'iel, Sg.Wang | Leave a comment

Salam Jumaat

tazkirah jumaat aisyah humaira
Salam Jumaat Semua ♥

Posted in Salam Jumaat, Tazkirah | Leave a comment

Welcome Samsung Galaxy S4

Nak bagitahu nie, Kin dah ada hp taw :)

Sabtu lepas EnSuami belikan, membawa diri saya ke satu lokasi dimana dia pilih dan dia bayar

Takde kuasa memilih, first picture Kin upload masa berdua dengan Ariea’yanna @ Paradigm Mall. First time kesana taw….

paradigm mallMrHazizul kata kalo nak pilih dia cuma boleh bagi sebanyak RM1xxx walhal hp yang kin minat harganya RM2xxx. Berbahas lah kami suami isteri, lalu MrHazizul cakap “macam nie, kalo follow jer apa yang Daddy beli, Mummy tak payah bayar tapi kalo Mummy pilih, maka Mummy kena top-up”

Huwaaaaa, agak kejam jugalah bagi Kin, tapi bila dia cakap lagi “kalo nak Daddy belikan, kenalah sama macam Daddy, mana boleh lawan tauke”…

Hahahaha, gila ko taknak, haruslah NAKKKKKKK kan…

Maka, Sabtu itu kita dapatlah handphone baru youuu :)

Syukur Alhamdulillah

s4
Welcome to Mummy S4, next time i see you lah S5… Maybe end of the year, maybeeee. Ada rezeki next month pun boleyyyy

Rezeki jangan ditolak, gaduh jangan dicari bai……

Posted in Samsung Galaxy S4 | Leave a comment

Happy Secretaries Week

GiftHappy Secretaries Week olls :)

Posted in BNM, Secretaries Week | Leave a comment

Sifat Mahmudah (Terpuji)

Assalamualaikum dan salam mahabbah.

Bila melihat kesilapan dihadapan mata, kita punya pilihan mahu mengaibkan atau mahu membetulkan penuh hikmah.

Moga kita terus diberi kekuatan dan peluang utk memilih yang baik2 serta bersifat mahmudah (terpuji).

Posted in Notes | Leave a comment

Gambar Karpal Singh, pembantu meninggal dunia nahas di Gua Tempurung

Gempar! Gambar Karpal Singh maut dalam kemalangan di Gua Tempurung (1)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh serta pembantunya, C Selvam meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Gua Tempurung, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Posted in Accident | Leave a comment

MH370: Pakar Sahkan Isyarat Detikan Daripada Sebuah Kotak Hitam

Daripada Mohd Razman Abdullah

mh370-2

PERTH, 9 April (Bernama) — Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

“Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini Rabu.

Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.

Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi” berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.

“Lebih banyak isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik,” katanya.

Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan ‘towed pinger locater’, manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.

Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.

Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.

Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).

Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter.

BERNAMA

Semoga penantian kita dipermudahkan, Insyallah

Hopefully, secepat mungkin…. soonest by end of the day. Amin

Posted in Pray For MH370 | Leave a comment

Tq Nuffnang & Churp-Churp

Salam ollsss…

Lamanyerrr kita tak singgah blog nie….

Winduuunyaaaa…

Alahai, semenjak takde handphone nie, aktiviti berblog kelihatan semakin sukar. Yerlah, selalunya dah snap-snap semua terus email, upload & menceceh…

Sekarang tidak lagi, masih belum menemui pengganti baru.

Tapi, tapi tapi kan…… Kawan-kawan duk suggest beli Lenovo. Macam good jer tapi entahlah, tak tahu nak pilih yang mana sebenarnya.

Sebenarnya ada hikmah jugak takde hp nie, taklah 24/7 dul belek hp kan, korang pun taklah nampak iolls duk update status 24/7 kan :)

Balik rumah, kemas, masak & jaga anak then bila depa tido baru on ipad. hahahahaha, gila serious hidup sekarang. Rasa best pun ada jugak, tak best pun ada bila sampai office group-group watsapp duk bantai cerita pasal isu depa berborak dalam watsapp memalam hari, i kan takde whatsapp :(

Takpe-takpe, weekend nie apa nak jadi, jadilah. Misi mencari handphone harus diteruskan sebabbbbbbbb

cheques

Tadaaaaaaa…..

Yeayyyy, Nuffnang & Churp-Churp sudah mai….

Happy gilessss, weekend nie nak beli 10 handphone!!!!! Muktamad :)

Muahahahahaha…..

TQ muchiosss Nuffnang & Churp-Churp

Posted in Churp-Churp, Nuffnang | Leave a comment

MH370: Kapal selam kecil buru isyarat ‘ping’

PERTH: Kru mencari buat kali pertama menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dalam Lautan Hindi bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan di atas kapal Australia datanynya dari kotak hitam pesawat MH370, kata Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss, hari ni.

Truss yang memangku jawatan itu ketika Tony Abbott berada di luar negara berkata, anak kapal Ocean Shield akan melancarkan kenderaan itu, Bluefin 21 hari ini.

Kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.

Jika peta itu melakar kawasan serpihan, anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat. – AP

Sumber dari Berita Harian

Posted in Berita, Pray For MH370 | Leave a comment

Cereal Dispenser

cereal dispenser

Berminat?

Boleh email Kin @ syikin66@yahoo.com

:)

Posted in Cereal Dispenser | 1 Comment