http://www.themummysya.com/wp-content/uploads/2010/12/dino11.jpg Themummysya.com » Ahmad Adam Syukri


October 10   Ahmad Adam Syukri

Posted by

0 comments

Maybe Kin antara mereka yang terlambat mengikut kisah nie.

Walaupun kalo ikut hati memang taknak tengok, bukan pasaipa sebab tak tahan sedih. Tengok gambar jer dah meleleh-leleh air mata, inikan pula membaca kisah disebaliknya.

Betulah pepatah mengatakan “Jika kita fikir kita susah, ada diluar sana itu lebih susah & teramat susah dari kita”

“Jika kita fikir kenapa asyik kita & kita, diluar sana bukan sahaja mereka malah apa yang mereka lalui jauh sangat berbeza dengan apa yang kita lalui sekarang nie”….

Tapi apabila menonton kisah Adik Ahmad Adam dalam tonton tadi….. Ermmm, tak dapat digambarkan dengan kata. Hanya yang terpilih mampu merasakannya….

Ya ALLAH….

Tadi Kin ada tengok dalam FB kawan Kin UP status ” tabahnya ibu Adam nie”..

Memula Kin ingat kisah Adam & Hawa, kan mak si Adam tuh tabah pujuk Ain Hawani untuk terima anaknya…

Rupanya salah…

Ia adalah kisah seorang baby lelaki yang dilahirkan sehari sebelum Arie’aynna. Adam & Arie’aynna sama umur :( Tapi kelahiran Adam penuh dengan dugaan.

Ya ALLAH, besarnya ujianmu…

Pics hari ke-2 Adam pada 5 March 2012

Tarikh Arie’aynna dilahirkan :( Adam lahir sehari sebelum Arie’aynna……

Adam terkini….

Pics nie dipinjam dari blog Sue. Mohon share pics & info dari entry untuk insan istimewa adik Ahmad Adam Syukri. TQ :)

Korang boleh view dalam Tonton Episode 195

Adik Ahmad Adam Syukri menderita kerosakan saraf otak.

Info serba sedikit mengenai Adik Ahmad Adam Syukri…

AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…

  • ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.
  • SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK.
  • ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.
  • ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA.
  • MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
  • DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.
  • DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK.

Mungkin dengan sedikit bantuan dari kita dapat membantu memudahkan urusan harian Adik Ahmad Adam Syukri ini…

Noraisah Mohamad Malena

02040007292201 (CIMB)
161136331818 (MAYBANK)

Boleh juga mengikuti perkembangan Adik Ahmad Adam di fanpage Ahmad Adam Syukri

Semoga ibu adik Ahmad Adam, Puan Noraisah tabah dengan dugaan yang amat besar buat beliau. Hati ibu, jauh disudut hatinya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu.

Kin tersentuh dengan kata-kata ibu Ahmad Adam

“Adam tak pernah bebankan ibu sayang”

“Saya berbangga menjaga Ahli-syurga, anak saya”…

Cukup tersentuh hati menonton dugaan & pengorbanan si ibu. Korang gie sini dan tonton.

Marilah kita sama-sama doakan agar segalanya dipermudahkan buat adik Ahmad Adam ini…

Besarnya kuasamua Ya ALLAH…. “Allahu Akbar” (الله أكبر)

p/s: Mama kata malam nie ada slot khas di Buletin Utama TV3, kalo tak salah info lah ya….

Teringat kata-kata Mama, “Along, kita sayang anak-anak terlebih kita tak rugi apa-apapun, malah hidup kita lagi diberkati lagi, lagi senang, lagi kaya dengan rezeki long”….



0 Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment