KPJ Sremban & Nilai 3
Sejak Atuk Kin dimasukkan ke KPJ Seremban, pantang ada masa terluang kami akan pulang menjengok atuk.
Buat masa nie Atuk disahkan strok sebelah otak kiri. Atuk dah tak boleh makan dan minum seperti biasa. Kena blend sehalus-halusnya dan menggunakan syringe untuk makan atau minum.
Atuk juga tak boleh bercakap
Nie masa Atuk dipindahkan dari Hospital Kuala Pilah ke KPJ Tawakal. Wan yang senantiasa disisi atuk.
Nie 3 keluarga dari 7 beradik. yang lain belum sampai, 3 family dr JB dan 1 dari Ipoh.
Masa nie Kami bertolak dari KL ke Kuala Pilah kul 2pagi sampai Terachi Sepupu Kin call suruh pusing dan tunggu tepi jalan coz ambulance dari KPJ dah sampai dan nak ke Seremban.
Masa tuh pukul 4pagi, tunggu ambulance terus patah balik ke Seremban. Sampai KPJ kul 4.30pagi terus ke emergency.
Scan, MRI itu ini tolak masuk ICU kul 6pagi. Makanya berkampung kat hospital lah kami anak beranak.
Selesai semua terus ke Taman Desaru rumah adik Papa berehat.
Nie pula rutin kami sekarang. Asal free jer terus zass ke Seremban.
Walaupun MrHazizul demam, tetap nak ikut. Luckily ada driver dapatlah menjadi Pak & Mak Encik dibelakang
Gadis dan Mungga…..
Asal masuk jer kete mesti tido, On jer air-cond tak-payah sumbat botol tahu-tahu jer dah berdengkur…
Hello, minah nie kuat dengkur yer….
Abang dan Kakak
Adoi, nak ke Seremban jer tapi menyinggah situ sini. Elok-elok perjalanan 45mins terus 2jam baru sampai Seremban..
Mereka beza cuma setahun.. Paksu & MrHazizul
kemain berborak kan….
Gegurls yang manja. Kakak yang masih mengada jealouskan adik
kami pulang awal kerana nak singgah Nilai 3.
Meroyan beli kain nak buat curtain, murah lah weiiii…. banyak juga barang-barang deco untuk rumah, rambang mata dibuatnya.
Sambil tuh cariks juga barang untuk hantaran
Hasilnya.
Curtains sudah hantar untuk dijahit, deco-deco bersama Kin belum bermula. Belum ada selera nak kemas sebab weekend sekarang memanjang takde kat rumah.
Hopefully Atuk akan cepat sembuh seperti biasa…
Buat masa nie kalo doc boleh release Atuk, Papa & Adik-beradik dah berbincang nak tempatkan dirumah Mak teh di JB iaitu adik perempuan bongsu Papa.
Ada juga Kin dengar nak cariks maid dan terus jer bawak atuk balik kampung.
Pada Kin lagi dekat lagi senang nak jengok, kalo JB agak susah nak berulang alik dengan anak-anak kecik gini.
Tapi mereka adik-beradik dah sebulat suara bersetuju dengan satu keputusan, kami cucu-cucu hanya mampu mendengarnya.
Yang penting semoga Atuk selesa dan bertambah baik dan sihat. Amin
























x tau pun pasal ni…moga atuk kin kembali sihat..wah..shopping sakan eh..
[Reply]
kin Reply:
February 14th, 2013 at 3:34 pm
Suria
Tq along
[Reply]
suriaamanda
13 Feb 13 at 3:44 pm