http://www.themummysya.com/wp-content/uploads/2010/12/dino11.jpg Themummysya.com » Ahmad Ammar Dalam Kenangan


Posted by

0 comments

ammar1

KUALA LUMPUR – Kerajaan Turki memberi layanan luar biasa ke atas seorang remaja Malaysia yang meninggal dunia setelah dilanggar sebuah ambulans di negara itu apabila dia dikebumikan di Eyub Sultan di Istanbul yang turut menempatkan 60 pusara sahabat Nabi.

Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam (gambar kecil), 20, yang meninggal dunia pada 2 November lalu dikebumikan di tanah perkuburan itu yang turut menempatkan orang kenamaan Turki pada 4 November setelah mendapat keizinan Datuk Bandar Istanbul.

Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi itu merupakan penuntut tahun dua jurusan Sejarah di Universiti Marmara (Goztepe).

Dia juga sedang mendalami ilmu Tafsir dan hampir tamat pengajian.

Abang ipar Allahyarham, Muhammad Suhail Ahmad berkata, masyarakat Turki amat memandang tinggi terhadap Ahmad Ammar yang hampir menamatkan pengajian ilmu Tafsir sekali gus melayakkannya menjadi guru agama.

“Bapa Allahyarham pula sentiasa memberi galakan kepadanya supaya sentiasa mendalami ilmu agama selain mempelajari ilmu sejarah di negara Turki itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kisah Ahmad Ammar yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki pada 2 November lalu mendapat liputan meluas menerusi rangkaian laman sosial di negara ini terutama YouTube dan Facebook.

Tinjauan Kosmo! di laman YouTube mendapati sebuah video yang dimuat naik pada 17 November lalu bertajuk “GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013)” telah ditonton 695,504 kali.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lepas Kin tengok youtube minggu lepas mengenai Arwah Ahmad Ammar, Kin betul-betul sayu. Betapa tabahnya Ibu-bapa Ahmad Ammar ketika kehilangan anak lelaki tunggal mereka.

Ibu Ammar kata “Ammar sedang bersama Sang Penciptanya, Ammar pasti sedang bahagia & tenang disana” Amin

untitledSemoga tenang kamu disana Ahmad Ammar bersama Bidadari Syurga.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2lLlYmL3F
Hakcipta terpelihara
Credit Pics : google :)


0 Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment